Website Main

Kilang Cetak Kalendar Harga Murah & Mampu Milik

Jadikan brand anda diingati sepanjang 2027 hanya dengan sekali kos

Semua Keperluan Cetak Dalam Satu Tempat — HGV Print House
KALENDAR 2027
Jadikan brand anda diingati sepanjang tahun — hanya dengan sekali kos
Sedia untuk: 
Tempahan Kalendar 2027 kini telah dibuka,
jom tempah sekarang sebelum terlambat!
--Hari
--Jam
--Minit
--Saat
3 JENIS KALENDAR (HOT SALES) PALING BANYAK TEMPAHAN TIAP-TIAP TAHUN
KAMI JUGA ADA BANYAK PILIHAN JENIS KALENDAR LAIN
SPESIFIKASI & HARGA

Pilih jenis kalendar, saiz & kuantiti — harga dikira automatik

Harga di bawah untuk 11 jenis yang sudah lengkap — baki jenis lain masih "belum lengkap" sementara spesifikasi disahkan.

PROSES MUDAH

Cara-cara mudah membuat tempahan

1

Hubungi Kami

WhatsApp terus atau pilih produk di atas. Team kami reply dengan segera.

2

Deal Jenis & Harga

Kami bantu pilih saiz & kuantiti yang sesuai, mula design lepas deposit.

3

Sahkan Design

Design siap ditunjukkan dulu untuk semakan sebelum proceed production.

4

Penghantaran / Pickup

Selepas siap cetak & packing, pickup di kedai atau kami hantar terus.

HGV PRINT HOUSE
JS PRINT CENTRE SDN. BHD.
Maklumat Tempahan

Terma & Syarat

Sila baca dan semak semua maklumat sebelum membuat pengesahan tempahan. Terma ini digunakan untuk membantu proses design, cetakan, pembayaran dan penghantaran berjalan dengan lebih jelas untuk kedua-dua pihak.

!

PENTING — Semak sebelum proceed

Sila pastikan detail, tulisan, nombor, tarikh, gambar dan maklumat artwork adalah betul dan tepat sebelum anda memberi pengesahan. Selepas artwork disahkan, pelanggan bertanggungjawab terhadap maklumat yang telah diluluskan. Pihak kami hanya bertanggungjawab sekiranya hasil cetakan berbeza daripada artwork terakhir yang telah disahkan.

SETIAP TEMPAHAN TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT

1 DESIGN

1.1 Design Ready Made

HGV Print House / JS Print Centre Sdn. Bhd. menyediakan katalog design ready made (sedia ada) bergantung pada jenis atau produk percetakan yang ditawarkan. Pelanggan boleh memilih design tersebut, jika ada, melalui platform media sosial, WhatsApp atau laman web kami. Design ready made boleh diedit dari segi tulisan, grafik, warna dan penggunaan gambar mengikut kesesuaian; namun sesetengah elemen mungkin tidak boleh diubah atas faktor hak cipta atau elemen kekal.

1.2 Design Custom

Kami turut menawarkan servis design custom, iaitu design baharu atau design semula berdasarkan contoh dan maklumat yang diberikan pelanggan, atau mengikut kreativiti designer kami. Setiap design tertakluk kepada kemampuan teknikal, kesesuaian produk dan skop kerja designer. Pelanggan wajib memberikan kerjasama dan maklumat yang lengkap sepanjang proses design.

1.3 Design PERCUMA

Kebanyakan produk percetakan kami menawarkan servis design secara percuma tertakluk kepada syarat berikut:

  1. Wajib confirm order dan membuat bayaran penuh atau deposit sebelum proses design bermula.
  2. Design PERCUMA adalah khas untuk tempahan yang telah disahkan, bukan untuk percubaan design tanpa membuat tempahan.
  3. Dilarang membatalkan order selepas design dimulakan. Jika pembatalan tetap dibuat, caj penalti RM50 boleh dikenakan dan ditolak daripada nilai refund.
  4. Dilarang membuat proses TRY & ERROR secara berlebihan. Pelanggan hendaklah memberi kerjasama dan arahan yang jelas supaya proses design tidak melambatkan tempahan pelanggan lain.
  5. Jika pelanggan meminta salinan design, salinan JPG atau PNG boleh diberikan melalui WhatsApp. Fail kerja/editable seperti AI atau PSD tertakluk kepada caj tambahan RM50 atau kadar yang dipersetujui.

1.4 Design BERBAYAR

Bagi servis design berbayar atau permintaan khas, kos design akan ditentukan mengikut skop kerja dan persetujuan semasa tempahan.

  1. Wajib confirm order dan membuat bayaran penuh atau deposit sebelum proses design bermula.
  2. Pelanggan hendaklah memberikan arahan yang jelas dan kerjasama penuh. Editing berulang kali boleh memanjangkan tempoh siap.
  3. Sepanjang proses design, pelanggan perlu memberi feedback yang jelas bagi mengelakkan multiple editing yang tidak diperlukan.
  4. Untuk design berbayar, penyerahan soft copy atau fail kerja adalah tertakluk kepada skop dan format yang dipersetujui.
  5. Jika pembatalan dibuat selepas design dimulakan, caj penalti RM50 boleh dikenakan dan ditolak daripada nilai refund.
  6. Hak penggunaan fail akhir bagi design berbayar adalah mengikut persetujuan yang dibuat semasa tempahan.

1.5 Editing Design

Kami akan membantu proses editing berdasarkan maklumat dan feedback pelanggan. Bagi sesetengah produk, permintaan atau perubahan yang melebihi skop asal, caj editing tambahan boleh dikenakan selepas dimaklumkan dan dipersetujui.

1.6 Tempoh Design

Tempoh design bergantung pada jenis produk, tahap kesukaran, jumlah tempahan semasa, maklumat yang diterima, cuti umum dan faktor operasi lain. Sila rujuk team kami untuk anggaran tempoh semasa.

1.7 Pengesahan Design (PENTING)

Selepas design dihantar melalui WhatsApp, walk-in, e-mel atau kaedah pengesahan lain, pelanggan hendaklah menyemak sendiri DETAIL, TULISAN, GAMBAR, NOMBOR, TARIKH, SAIZ DAN MAKLUMAT BERKAITAN sebelum kami proceed ke production. Pengesahan bertulis atau rekod pengesahan akan digunakan sebagai rujukan.

Pelanggan wajib mengesahkan semua maklumat dengan teliti. Selepas artwork disahkan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat atau typo yang terdapat pada artwork yang telah diluluskan. Kami akan bertanggungjawab sekiranya hasil cetakan sebenar berbeza daripada artwork terakhir yang telah pelanggan sahkan.

2 TEMPAHAN

Tempahan boleh dibuat secara online atau walk-in. Pelanggan digalakkan berurusan terus dengan pihak HGV Print House / JS Print Centre Sdn. Bhd. untuk mengelakkan kekeliruan. Sepanjang urusan, WhatsApp, e-mel, invoice atau dokumen berkaitan boleh digunakan untuk tujuan design, pengesahan, bayaran dan rekod tempahan. Untuk harga sebenar atau quotation, sila rujuk team sales yang menguruskan produk berkenaan.

3 PEMBAYARAN

Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM). Setiap tempahan hendaklah disertakan bayaran pendahuluan (deposit) atau bayaran penuh mengikut persetujuan.

Untuk tempahan bernilai di bawah RM1,000, bayaran penuh mungkin diperlukan. Untuk tempahan RM1,000 dan ke atas, deposit sekurang-kurangnya 70% dan baki 30% boleh digunakan tertakluk kepada persetujuan antara team sales dan pelanggan. Baki bayaran hendaklah dijelaskan mengikut tempoh yang telah dipersetujui.

4 WARNA PERCETAKAN

Warna pada skrin komputer atau smartphone mungkin tidak sama sepenuhnya dengan warna produk sebenar kerana skrin menggunakan RGB manakala proses percetakan lazimnya menggunakan CMYK. Material, kertas, ketebalan dan tekstur juga mungkin mempunyai sedikit perbezaan antara batch atau pembekal. Pihak kami akan berusaha memastikan hasil cetakan berada pada tahap kualiti terbaik yang munasabah.

5 TEMPOH SIAP

  1. PROSES DESIGN — Selepas deposit dan maklumat lengkap diterima, draf design akan disediakan mengikut tempoh semasa dan turutan order. Anggaran biasa boleh berubah mengikut jenis produk dan beban kerja.
  2. PROSES CETAKAN — Tempoh production bergantung pada jenis produk, kuantiti, finishing dan slot production. Sila rujuk team kami untuk tempoh siap yang tepat sebelum confirm order.

6 PENGHANTARAN

Pelanggan boleh membuat pickup di HGV Print House, Bandar Perda, Bukit Mertajam atau menggunakan penghantaran/courier yang tersedia. Barang akan dihantar selepas syarat pembayaran dipenuhi atau mengikut persetujuan semasa.

Caj, tempoh dan pilihan courier bergantung pada lokasi, berat, saiz parcel dan servis yang dipilih. Pelanggan perlu memahami bahawa operasi courier berada di luar kawalan langsung pihak kami, namun kami akan membantu memberikan maklumat tracking dan sokongan yang munasabah jika berlaku isu penghantaran.

7 RISIKO

Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kerosakan yang berlaku semasa proses penghantaran akibat pengendalian pihak courier, tertakluk kepada siasatan dan prosedur tuntutan yang berkaitan.

Kami juga tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat selepas cetakan jika kesalahan tersebut terdapat pada artwork yang telah pelanggan sahkan. Kami akan bertanggungjawab sekiranya tempahan yang dicetak berbeza daripada artwork akhir yang telah disahkan, tertakluk kepada semakan dan pengesahan pihak kami.

8 PEMBATALAN

Pembatalan hendaklah dibuat sebelum proses design atau production dimulakan. Jika proses design telah dimulakan, caj RM50 boleh dikenakan atau ditolak daripada nilai refund. Jika production telah bermula, pembatalan atau refund mungkin tidak dibenarkan kerana kos bahan dan proses telah digunakan.

9 REFUND

Permohonan refund akan dinilai berdasarkan status tempahan dan sebab yang munasabah. Caj kerja atau penalti yang berkaitan boleh ditolak daripada jumlah refund. Tempahan yang telah masuk ke production lazimnya tidak boleh dibatalkan atau direfund kerana kos operasi telah digunakan.

Kelewatan yang berpunca daripada bencana alam, arahan pihak berkuasa, gangguan logistik atau masalah pihak courier adalah tertakluk kepada keadaan semasa dan akan diuruskan mengikut penyelesaian yang munasabah.

10 PENGGUNAAN SEMULA

Kami boleh menggunakan hasil design dan cetakan yang dihasilkan oleh pihak kami sebagai contoh portfolio, bahan promosi, laman web atau media sosial. Untuk design asal yang dibekalkan sepenuhnya oleh pelanggan, hak milik design kekal pada pelanggan. Jika pelanggan tidak mahu hasil tempahan dipaparkan sebagai bahan promosi, sila maklumkan kepada team kami.

11 JAMINAN

Kami berusaha memastikan semua barangan dibekalkan dalam keadaan baik dan mengikut spesifikasi tempahan yang disahkan. Jika terdapat kesilapan atau kecacatan yang terbukti berpunca daripada pihak kami, penyelesaian seperti cetakan semula, penggantian atau kaedah lain yang bersesuaian akan dipertimbangkan selepas siasatan.

12 HAK DAN TANGGUNGJAWAB

Pihak kami bertanggungjawab mengurus proses design, artwork dan production berdasarkan maklumat yang diterima. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak draf yang diberikan sebelum memberi pengesahan. Jika terdapat perubahan, sila maklumkan sebelum artwork disahkan.

Pengesahan melalui WhatsApp, e-mel atau kaedah bertulis lain akan dianggap sebagai bukti persetujuan artwork. Selepas pengesahan diterima, sebarang maklumat yang telah diluluskan dianggap telah disemak oleh pelanggan.

Nota OFFSET: Untuk sesetengah kerja offset atau production tertentu, proses proof, packing dan penghantaran mungkin berbeza daripada digital printing dan tertakluk kepada SOP production semasa. Sila rujuk team kami sebelum confirm order.

Dengan membuat tempahan di HGV PRINT HOUSE / JS PRINT CENTRE SDN. BHD., pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di halaman ini.

Terma dan syarat boleh dikemaskini dari masa ke semasa. Pelanggan disarankan menyemak maklumat terkini sebelum membuat atau mengesahkan tempahan.

TESTIMONI

Kenapa Pelanggan Percaya HGV Print House

KAMI BERSEDIA UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT YANG TERBAIK
Serah kalendar kepada pelanggan

Dengan pilihan rekaan yang menarik serta kualiti cetakan yang tinggi, kalendar kami sesuai dijadikan hadiah korporat atau alat promosi perniagaan

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai jenis susun atur dan tema, termasuk kalendar dengan tarikh-tarikh penting yang sesuai untuk bisnes mahupun penggunaan peribadi.

Perbandingan kalendar HGV
Team HGV membuat design kalendar

Pasukan kami berdedikasi dalam menghasilkan rekaan kreatif dan profesional, memastikan setiap kalendar bukan sahaja praktikal tetapi juga menarik dari segi visual

💬 WhatsApp Order